2010-07-07

Menyambut kedatangan "Permata-permata" baru di bumi UKM

Tahniah dan selamat datang kepada mahasiswa mahasiswi tahun 1 yang berjaya melanjutkan pelajaran di bumi UKM. Datang dengan harapan, pulang membawa kejayaan..

Inilah suasana di pintu masuk UKM. Sambutan kedatangan ibubapa pelajar dan pelajar baru oleh Ikatan Study Islam (ISIUKM). Cayalah ISIUKM.. memang hebat!!

beramah mesra bersama pelajar yang akan berdaftar di kolej Dato' Onn. Oo.. adik akan masuk fakulti kejuteraan ye..em bagus.. bagus. Semoga berjaya!!


ini keluargaku tersayang.. adik saudara berdaftar di Kolej Aminuddin Baki. tepi yang paling kanan sekali Aboh, tengah yang baju hijau Ummi, tepinya yang berkamera itu Iji (abang), berbaju biru Eno (adik), belakang yang senyum memanjang Yassir (abg Ipar) & yang lain-lain keluarga Cik Nah (mak saudara)


bukan berceramah tapi tunjuk ajar..

ini pula suasana di fakulti pendidikan pada 5hb Julai. khusyuk.. mendengar taklimat fakulti daripada dekan fakulti.

Alhamdulillah.. dapat juga peluang bagi penerangan kepada pelajar tentang MPP dan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan.


oo.. rupanya ni waktu yang dinanti-nanti oleh pelajar. tambah ye dik.. jangan malu-malu.


Bro. Naim ada sekali.. bagus betul NYDP Pendidik ni dan tetap setia PC kita.. Ust. Izzuddin (gambar kiri) menemani pelajar ke fakulti Pedidikan.



YB kita.. Khairul Anuar sempat beramah mesra bersama pelajar. Ini mesti berborak dengan pelajar dari negeri kelate ni. Timb. Dekan Fakulti Pendidikan.. Dr. Saemah: "Ish sikitnye makan.. tambah lagi"

Kami berharap pelajar tahun 1 dapat menyesuaikan diri hidup dikampus sebab keadaannya berbeza dengan kehidupan bergelar pelajar sekolah atau  pelajar di matrik. Segala kesusahan dan kesulitan hadapilah dengan sabar dan tenang kerana ia adalah proses mematangkan diri kita dan persediaan hidup bersama masyarakat nanti..

>>Semoga berjaya dalam akademik dan sahsiah diri...chayok!! 

W.A.Fahmi B. W. Abd Hamed
MPP MAHASISWA
Fakulti Pendidikan

No comments: