2010-11-13

Jangan Tangguh Kerjamu..

        Hari semalam tidak akan berulang, hari esok belum tentu kesampaian.. demikian kata sahabatku. Apa yang ada hari ini, detik ini, ditempat yang kamu duduk sekarang, berdiri atau merenung dan berfikir sesuatu akan berakhir jua dan belum tentu kita kecapi pada masa akan datang. Aku dan kamu tidak sesekali tahu bila ajal akan menjemput mungkin beberapa saat lagi,beberapa minit lagi, beberapa jam lagi, hari ini atau pun esok.. maka berkerjalah untuk akhirat kita. Jadikan setiap detik hidup ini untuk beribadah kepada Allah swt. Ibadah yang dimaksudkan bukan setakat mengerjakan ibadah khusus tertentu sahaja seperti solat, zikir, haji, puasa, zakat dan ibadah-ibadah sunat yang lain malah setiap gerak-gerimu, perkerjaan yang kita lakukan sama ada sekecil-kecil perkara seperti beristinja' sehingga sebesar-besar perkara seperti perjuangan menegakkan agama Allah menjadi ibadah kepada Allah.

        Jangan sia-siakan amalan dengan sifat sumáh, ujub dan takabbur kerana kita tidak mendapati apa-apapun melainkan penat dan lelah semata-mata. Ikhlaskan niat, luruskan amalan biar benar-benar selari dengan syariat yang Allah tetapkan moga akhirnya kita menyaksikan amalan pahala amalan kita diakhirat nanti dengan dengan perasaan gembira dan berpuas hati terhadap apa yang kita usahakan.

         Apakah sebab kita selalu tangguh kerja yang perlu lakukan? kerana kita merasakan hari esok masih ada untuk kita. Berhentilah bermimpi dan tertipu dengan angan-angan sendiri, masa bukan milik kita, sekalipun kita tidak dapat mengubah takdir yang yang Allah tetapkan untuk kita.. tidak mengapa berangan-angan untuk hari esok tetapi bekerja pada hari ini dengan bersungguh-sungguh. Moga permulaan yang baik pada hari ini akan bertambah baik pada hari esok dan pengakhirannya. InsyaAllah

        *Semoga arwah siti esah (meninggal dunia pada 14hb Nov 2010 dalam kemalangan jalan raya), sahabiah perjuanganku ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah dan mujahidah kerana pengorbanan dan perjuangan yang dilakukan dalam menegakkan agama Allah..amin,walaupun tidak kesampaian untuk mengiringi jenazahmu, kuiringi dengan doa untukmu..moga-moga Allah swt memperkenankannya, begitu juga pada adik kepada sahabatku aiman zafri, moga kesabaran tetap bertapak dihatimu..

 

No comments: