"" Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka."
(Surah An-Nur: 55)
Rakan-rakan, sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian...
Didalam satu program bersama rakan-rakan seperjuangan, salah seorang daripada rakanku membaca ayat 55 daripada surah an-nur yang cukup mengetarkan jiwa ragaku. Ayat yang cukup mendalam maknanya menyebabkan aku berfikir panjang makna yang terkandung didalam ayat tersebut. Sebaik saja tamat program aku terus meneliti maksud ayat tersebut. Ayat tersebut membuatkan aku mengingati semula pengalaman-pengalaman sewaktu Pilihan Raya Kampus UKM berlangsung..
Bertanding lagi??
Sebaik saja mendapat tahu bahawa aku diputuskan untuk bertanding sekali lagi untuk pilihan raya kampus kali ini (2010/2011), entah mengapa hatiku terasa berat untuk menerimanya, perasaan berat sangat untuk menerima amanah ini sekali lagi dan rasa bersalah timbul dihatiku apabila mengigatkan tanggungjawab memikul beban amanah selaku ahli Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi 2009/2010 tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.. hanya Allah saja yang mengetahui perasaanku pada waktu itu..
Training
Setelah berdoa meminta petunjuk daripada Allah s.w.t, Aku membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan didalam wadah PMUKM.. ya benar, aku membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon ahli Majlis Perwakilan Pelajar sekali lagi, aku berserah kepada Allah s.w.t segala keputusanku walaupun pada waktu itu hatiku masih lagi berat untuk menerimanya, tetapi dengan mengikuti gerak hati serta menyakini segala yang diputuskan untukku adalah baik untuk perjuangan..
Rakan-rakan seperjuangan sekalian..
Sekalipun aku pernah bertanding dan memenangi kerusi fakulti pendidikan.. Aku menyakini bahawa rakan-rakan calon yang akan bertanding kali ini lebih baik daripadaku. Aku menyaksikan kegigihan dan kesungguhan kalian dalam latihan pengucapan, personaliti, mengigati undang-undang pilihanraya dan sebagainya. Aku memerhati beberapa daripada rakanku, ada yang pernah bertanding didalam pilihan raya kampus sesi lepas, walaupun tidak memenanginya tetapi tetap bertanding lagi.. kalian memang hebat, cekal serta tidak mengenal erti putus asa.. tetapi aku...
Ya Allah...
berikanlah kekuatan padaku..
untuk meneruskan perjuangan ini,
sekiranya bukan kerana semata-mata untuk agamaMu,
aku tidak ingin sekali bertanding
Ya Allah..
Sekiranya kemenangan ketentuanMu buatku,
berikanlah kemenangan ini sebagai wadah untuk aku memperbaiki kesilapanku yang lepas,
memperbaiki kekurangan diri ini.. Ya Allah,
sebagai kafarah dosa-dosaku yang lepas,
sebagai peluang untukku berhenti daripada melakukan maksiat kepadaMu
Ya Allah..
Jangan sesekali engkau tentukan kemenangan yang menjadi fitnah kepada kami,
berikan apa yang terbaik untuk kami,
sekiranya kemenangan itu baik untuk kami, berikan kemenangan pada kami,
sekiranya tidak, berikan apa yang terbaik buat kami,
kepadaMu kami berserah tiap-tiap urusan.
Kemenangan adalah permulaan
Benar, dengan kehendak yang Maha Esa, yang menentukan segala-galanya, kami memperolehi kemenangan 22 berbalas 15 daripada pihak lawan. Air mata kesyukuran yang teramat membasahi pipi-pipi pemuda pemudi yang benar-benar memahami erti perjuangan ini setelah tujuh tahun menanti kemenangan yang diidamkan tercapai. Tetapi bagiku tidak cukup dengan air mata yang membasahi pipi ini untuk membayar harga pengorbanan rakan-rakan seperjuangan yang berjaga malam, menghabiskan wang ringgit untuk memasti kemenangan berpihak pada kita. Sedarlah kemenangan ini bukan pengakhiran tetapi ia merupakan satu permulaan, tanggungjawab mengisi dan mempertahan kemenangan ini lebih berat daripada mencapai kemenangan. Kemenangan ini mungkin menjadi satu bukti bahawa Mahasiswa boleh memimpin dengan sendiri dengan cemerlang tanpa ada campur tangan daripada pihak tertentu dan mungkin juga menjadi fitnah buat kami.. kami berlindung daripadaMu ya Allah daripada fitnah dunia.. kerna kami tahu dan yakin amanah ini akan dipersoal olehMu pada hari akhirat kelak.
kempen di kolej kediaman |
sidang meja bulat |
bersambung.. 14 hari setelah kemenangan
No comments:
Post a Comment