2011-06-21

Tafsir Mimpi: Berbogel di Khalayak Ramai

20 Jun 2011 - Sewaktu saya berada di dalam majlis ilmu Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din untuk mengikuti kuliah mingguan Darussyifa'. Sebelum memulakan majlis ilmu Tuan Guru bertaya kepada murid yang hadir: 

"Ada sesuatu yang pelu saya bertanya kepada tuan puan sekalian..". 

Saya memberi penumpuan  sepenuhnya terhadap ucapan T.G dan menanti-nanti apakah soalan yang ingin ditanya oleh T.G.

"Pernahkah tuan puan sekalian bermimpi tuan puan berbogel dikhalayak ramai?" pertanyaan yang diajukan oleh T.G kepada hadirin yang hadir.

Sambungnya lagi "Siapa yang pernah sila angkat tangan.." sambil bertanya T.G melihat reaksi hadirin yang hadir.

"Tiada seorangpun?"

"Astagfirullah.."

Ternyata dikalangan kami tiada seorangpun yang pernah bermimpi dengan sedemikian rupa. Ketika itu T.G. Dato' Dr. Harun Din menceritakan didalam satu wawancara station televisyen di Arab Saudi bersama Sheikh Abdurrahman As-Sudais. Wawancara tersebut diadakan secara "live" berkenaan suatu topik yang diperbincangkan. Sewaktu sesi soal jawab, Sheikh Abdurrahman As-Sudais mendapat panggilan oleh seorang penonton siaran tersebut. Selepas memberi salam dan memperkenalkan diri, beliau bertanya berkenaan dengan tafsiran mimpi:

"Adakah syeikh tahu mentafsir mimpi?"

Jawab Syeikh Abdurrahman Sudais: "Saya tidak begitu arif untuk metafsir mimpi melainkan sesuatu yang saya pasti kebenarannya, sekiranya tidak pasti saya tidak dapat menjawabnya.."

Pemanggil talian tersebut berkata: "Baiklah. Saya bermimpi bahawa sewaktu mengerjakan tawaf, saya melihat dikhalayak ramai yang mengerjakan ibadah tawaf ada seorang lelaki yang berbogel sewaktu mengerjakan ibadah tersebut.."

"Apakah tafsiran bagi mimpi saya tersebut?"

Selepas memuji Allah swt, Syeikh Abdurrahman As-Sudais menjawab: "Tafsiran bagi mimpi tersebut saya berani untuk menjawabnya.. tafsirannya ialah orang yang dilihat berbogel tersebut memberi makna bahawa taubatnya telah diterima Allah seolah-olah tiada dosa padanya, sebagaimana bayi yang baru dilahirkan.."

Pemanggil talian tersebut bertanya lagi: "Bolehkah saya memberitahu kepada orang yang berbogel tersebut berkenaan tafsiran mimpi tuan syeikh?"

"Boleh.." kata tuan syeikh.

"Sekarang?" tanya pemanggil tersebut.

"Ya..boleh" kata tuan syeikh lagi.

Lantas pemanggil talian tersebut berkata: "Orang yang saya lihat berbogel didalam mimpi saya ada tuan Syeikh sendiri..!!"

Pada ketika mendengar kenyataan pemanggil talian tersebut, Sheikh Abdurrahman As-Sudais menjadi kelu, tidak dapat berkata apa-apa, terkejut dan hiba dengan kenyataan tersebut sehinggakan beliau menangis teresak-esak.

Siaran langsung station televisyen terpaksa dihentikan serta merta kerana pihak siaran tidak dapat meneruskan wawancara bersama Syeikh Abdurrahman As-Sudais yang sangat sebak dan hiba. Hanya Allah sajalah yang Maha Mengetahui persaan beliau pada ketika itu.

Selepas mendengar cerita  yang disampaikan oleh T.G tersebut, terasa dibenak perasaanku: "Ya Allah.. adakah engkau menerima taubatku selama ini, sedangkan engkaulah sebenar benarnya penerima taubat. 

~Ya Allah, Kami benar dan tetap berharap, memohon keampunan daripada-Mu terhadap dosa yang kami lakukan selama ini..~



10 comments:

Anonymous said...

SubhanaAllah. Saya pun ada mimpi macam ni, ya Allah Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.

Arman Zafri said...

alhamdulillah, saya baru mimpi tadi malam, lanjut di http://armanzafri.blogspot.com/

Nik Adib said...

Salam, bole saya dapatkan contact utk bertanyakan ttg mimpi ini.

Anonymous said...

Alhamdulillah saya juga mendapat mimpi seperti ini

Anonymous said...

Mimpi begini mlm td....mengganggu jiwa sehingga hari ni mendorong utk mencari tafsir nys.jika ini lah maksudnya....ya alllah aku sgt bersyukur dan terharu

Anonymous said...

terjaga pagi ni terasa letih,.. teringat mimpi apa sebelum terjaga...saya fikir mimpi ini buruk petandanya,.. rupanya baik... ohh,.. saya ada beberapa kali mimpi begini,.. selama ini saya fikir mimpi ini maksudnya saya diaibkan orang, dimalukan orang .. ye lah.. mimpi mandi bogel.. jiran2 semua tengok...rasa malu, terhina bila bogel semua org nampak....hermmm....

Eka Adzamy said...

Alhamdulilah Ya Allah! Ya Tuhanku! Saya pernah mengalami mimpi ini.. Ya Allah, terima kasih atas petunjuk mu ya.. Aku amat bersyukur SEKALI kepadamu Allah. Amin (:

Eka Adzamy said...

Alhamdulilah Ya Allah! Ya Tuhanku! Saya pernah mengalami mimpi ini.. Ya Allah, terima kasih atas petunjuk mu ya.. Aku amat bersyukur SEKALI kepadamu Allah. Amin (:

qaniah wafiyyah said...

Asif.mcm mne plk k dy tntg diri dye sndr?

Cahaya Re-Anna said...

21 Ramadhan 1435 (19/07/14)
Tidur semula selepas solat sunat tahajud dan hajat..
Hari ni mencari apakah makna atau tafsir mimpi sbegini.. Andai aku yg hina ini antara insan terpilih..tiada yg mampu di ucap..
Syukur Alhamdulillah.. subahanallah.