Pagi ini aku berada di FSSK pada pukul 2.30 pagi kerana menyiapkan kerja dan urusan Majlis Perwakilan Pelajar, tiba-tiba aku melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh dua pasangan mahasiswa yang berpendidikan. Selepas menunaikan solat aku berfikir alangkah lemahnya aku sehingga tidak mampu untuk mencegah perbuatan mereka. Tiba-tiba datang ilham untuk duduk dibangku luar FSSK untuk membuka bacaan al-Quran melalui laptop yang aku bawa, moga-moga usaha ini berhasil memberhentikan dua pasangan yang ber“couple” daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Aku menguatkan bacaan al-Quran yang dibaca oleh qari Fadh al-Kanderi dengan volume suara yang maksimum.
Aku terus melihat gelagat dua pasangan tersebut. Satu pasangan yang berada dihadapanku dan hadapan surau FSSK tidak mengendahkah apa yang berlaku. pada awalnya, Muslimat tersebut terus berada ditepi pasangan lelaki beliau sambil menyandarkan kepalanya dibahu pasangannya, beliau kelihatanseperti mengantuk. Satu pasangan lagi menunjukkan respon yang berbeza iaitu muslimat itu menfokuskan pada kerja dihadapan laptopnya manakala pasangan lelakinya terus memandang muslimat tersebut.
Tepat jam 3.05 pagi, pasangan kedua meninggalkan baku tempat mereka berdua-duaan. Aku melihat gelagak mereka seakan-akan kecewa dan perasaan tidak puas hati dengan sikapku manakala pasangan yang pertama juga begitu meninggalkan bangku mereka pada pukul 3.10 pagi tetapi mereka kelihatan rilex dan selamba tanpa menunjukkan apa-apa reaksi. Alhamdulillah... aku bersyukur panjang kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan ilham kepadaku untuk mencegah maksiat yang dilakukan dua pasangan dan benar berhasil dengan izinNya. Sememangnya aku bertekad tidak akan pulang selagi mana dua pasangan tersebut meninggalkan tempat yang mereka.
Begitulah cerita mahasiswa kini yang amat nipis pertahan iman didalam diri mereka. Mungkin mereka jahil dan mungkin juga mereka mengetahui kesalahan maksiat yang dilakukan oleh mereka tetapi kerana mengikut tuntunan hawa nafsu.. mereka lupa bahawa ada yang memerhatikan mereka iaitu Allah s.w.t.
* Kisah ini ditaip menggunakan laptopku sewaktu memasang bacaan al-Quran dibangku kerusi diluar surau FSSK dihadapan dua pasangan bagi menutup syak wasangka mereka tentang agenda aku memasang bacaan al-Quran (untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya) tanpa melakukan apa-apa kerja.
3.30 pagi, 11 Mac 2011
No comments:
Post a Comment